Pengikut aku

Isnin, 22 Ogos 2011

malam seribu bulan .


alhamdulillah . alhamdulillah . alhamdulillah .. panjatkan kesyukuran kita kerana diberi lg peluang utk kita bertaubat . syukur juga kerana kerana 23 hari sudah kita berpuasa . marilah kita meningkatkan amal ibadah kita di akhir2 Ramadhan yg tak brapa hari lg dh nak tgglkan kita .. semoga kita dipertemukan dengan malam seribu bulan iaitu malam al-Qadar . Malam al-Qadar/Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:
Malam Lailatul – Qadar lebih baik daripada seribu malam
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
” Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu ”
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
” Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. ”
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
” Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan  dalam malam ganjil (mungkin pada malam 21,23,25,27,29 ramadan). ”
Doa yang patut dibacakan ketika bertemu malam lailatulqadar
Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, “Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:
doamalamlailatulqadar
Maksudnya:
” Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. “


p/s : malam lailatulqadar ni rahsia ALLAH .jadi marilah sama2 kita mencarinya .. bapak aku cakap .. di hujung2 Ramadhan ni kebanyakan alim ulama' akan menangis kerana sayang nak tgglkan Ramadhan bulan yg penuh keberkatan .. merenung sejenak .. bg kita yg xbrapa nk taqwa kpd Allah ni . makin hujung makin best sbb dh nak dekat dgn raya . MasyaALLAH ... 

semoga kita dipertemukan malam itu . InsyaALLAH . 
SALAM .


Tiada ulasan: