Pengikut aku

Ahad, 29 Ogos 2010

Pelindung Vs Perosak | iLuvislam + discover the beauty of islam

Pelindung Vs Perosak | iLuvislam + discover the beauty of islam

Rabu, 25 Ogos 2010

ALHAMDULILLAH.. :)

ALHAMDULILLAH..aku bersyukur sangat2 kpd Ilahi kerana sekarang ni aku menjadi seorang yang lebih baik..insyaALLAH..dugaan-dugaan yang Engkau berikan padaku rupa-rupanya tersembunyi sang hikmah disebaliknya..setelah pahit jerih aku menempuhi saat-saat diduga olehMu,akhirnya aku menjadi seorang yang lebih bersabar,tabah dan bertaqwa padaMu ya ALLAH..insyaALLAH..aku menjadi lebih tenang bila disampingMU ya ALLAH..aku sungguh tenang..sehinggakan ketika aku beribadah padaMu,aku merasakan fikiran aku kosong..segala masalah-masalah duniawi aku semuanya bagaikan hilang seketika..

Jika ALLAH datangkan kesedaran kepada kita,dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang perempuan/lelaki..sesungguhnya itu bermakna ALLAH mahu ambil hati kita untuk dijagaNya..hmm..insyaALLAH..aku sangat2 berharap ya ALLAH,Engkau ambil hati aku untuk Kau jaga..supaya aku tidak lagi terpesong jauh dari ajaran agama Engkau iaitu agama ISLAM...

sekali lagi aku tersangat-sangat bersyukur pd ALLAH..sebab segala perbuatan aku sekarang ni..semuanya cenderung untuk mendekatkan diriku pada Nya..ALHAMDULILLAH..aku harap aku akan kekal begini sampai aku menghembuskan nafas terakhir aku..aku berharap aku akan pergi dalam ketaqwaan dan beriman pada ALLAH..insyaALLAH..amin...

hmmm....
sekarang ni kita dah tempuhi separuh daripada RAMADHAN AL MUBARAK..aku berharap segala amalan2 kita yang telah kita lakukan di bulan ini,semuanya dirahmati,diberkati dan diterimaNya..semoga kita lebih kuat beribadah kepada ALLAH untuk separuh lg RAMADHAN AL MUBARAK..insyaALLAH..aku nak bagitau korang ckit leh??huhu..bukan nk jd ustaz tp nak kongsi la ckit ilmu aku..sesungguhnya gunalah peluang bertemu dengan RAMADHAN sebaik2 mungkin..sbb kita tak tahu sama ada kita akan bertemu lagi atau tak dengan RAMADHAN yang seterusnya..sedangkan di bulan ni tersirat seribu sejuta fadhilat..insyaALLAH..di bulan ni,ALLAH akan makbulkan doa-doa hamba2Nya yang ikhlas berdoa..so,untuk pelajar2 gunalah peluang untuk berdoa sebanyak2nya kpdNya di bulan ini untuk berjaya dalam pelajaran..lagi2 kalau doa kita terkena pada malam LAILA AL-QADAR..huh..mmg doa kita akan dimakbulkan..insyaALLAH..hmm..untuk memohon agar doa-doa kita dimakbulkan..kita mestilah buat amar makruf dan jangan sesekali mendekati kemungkaran..di bulan ni di samping kita menjaga makan dan minum kita..kita mestilah menjaga tingkah laku kita,mata kita,lidah kita,dan hati kita...

maksudnya :
 
jaga tingkah laku : kita jangan sesekali melakukan perkara2 yang ditegah oleh agama dan perkara2 yang sia2.. bg perempuan dan laki janganlah nk gedik2 sgt..sesungguhnya gedik2 tu blh mdatangkan kita melakukan pkara2 yang sia2..huhu..gedik ckit2 dh laa untuk hiburkan hati..

jaga mata : kita janganlah memandang atau melihat benda2 yang dilarang oleh agama..contohnya,melihat aurat perempuan bagi lelaki dan melihat aurat lelaki bg perempuan..terutamanya wanita2,jagalah aurat anda sebagaimana anda menjaga maruah anda..sebab aurat adalah sebahagian drpd maruah anda...tutuplah aurat anda betol2 supaya tak dpt dilihat oleh orang yang bukan muhrim anda..peringatan ! berpakaian ketat walaupun dh menutup semua aurat msih lagi dianggap tidak menutup aurat..sebab ianya masih lagi dpt menaikkan nafsu shahwat org yang melihat..kadang2 aku xpaham..apa guna pakai tudung tp pakai baju short sleeves..haaaaaaaaaaiiyyaaa.. ! sama je mcm xpkai tudung,sbb aurat msih lagi terpampang..cyezly aku xska perempuan yang mcm tu..dan aku xska perempuan yang ska pakai bju2 adik i mean bju2 yg ketat..aku plik la kan,mereka suka pakai bju2 ketat..dah tu time nak duduk bju tu msti naik ckit..pastu nak tarik2 plak..menyusahkan je tarik2 balik..sapa suh pakai bju ketat kan..ee..pelik2..huhu..kan bgs pakai bju2 yang labuh2..tak perlu lg nak tarik sana sini..korang tgk ni..


jaga lidah : kita janganlah sesekali berbohong dengan orang dan jangan bercakap bnda2 yang sia2..cne ag nk explain ey..cm tu je la..huhu..haa...dan jangan la suka umpat orang..terutama kaum2 hawa ni..huhu..sikit2 kaum hawa kan..tak laahh..kaum adam pon sama..


jaga hati : jaga hati kita supaya sentiasa ingat padaNya...sesungguhnya ALLAH amat menyukai orang yang sentiasa ingat padaNya..insyaALLAH,ALLAH akan bantu kita sekiranya kita dalam kesusahan jika kita sentiasa ingat padaNya..




huhu..cukuplah ustaz tak bertauliah ni bertazkirah..sekiranya kita dapat menjaga bnda2 tu di bulan RAMADHAN AL MUBARAK ni..insyaALLAH,kita akan mendapat keberkatan dan kerahmatan hidup daripadaNYA..











jap2..hehe..aku harap aku pos bnda ni takde yang cakap aku prasan alim ke ape ke...ni tulus dari hati aku..at least aku mengajak org untuk buat kebaikan..kan???huhu...jadi,aku harap semua orang yang baca blog aku ni..semua berfikir sejenak..adakah aku dh gunakan sebaik2 mungkin peluang bertemu RAMADHAN kali ini???tanya diri anda ok???nasihat2 aku bukan untuk seseorang tetapi untuk semua termasuk aku skali..apa yang kurang datangnya daripada aku sendiri dan apa yang lebih tu semuanya adalah kelebihanNYA..insyaALLAH..hmm..ustaz dh ngntok laa..hehe..dh pkl 2 pagi ni..dh laa...assalamualaikum.. :)